Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 membuka tirai hari ini setelah dua hari Muktamar Dewan dijalankan di sekitar Kedah sejak Khamis.<br /><br />Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tiba di Kompleks Pas Kedah sekitar jam 8.40 pagi memulakan muktamar kali ini dengan melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat Jabatan Amal.<br /><br />Perkembangan bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang yang berada di Dewan Datuk Fadzil Noor.